Sunday, December 24, 2006

Gabungan UTUSAN-NST:Rais tak sanggup jadi DAYUS, Ingati Najib Pesanan Tun Razak


Satu demi satu menteri menteri kabinet serta ahli majlis tertinggi UMNO bangkit menentang gabungan UTUSAN-NST.

Dari penentangan malu-malu kucing Rafidah Aziz kepada penentangan terbuka Dato Aziz Shamsudiin serta Dato Seri Rais Yatim.

Dato Aziz bukan sahaja menentang gabungan UTUSAN dan NST malahan mendesak supaya NST diperbetulkan terutamanya dinihari NST terlihat seperti membawa agenda Malaysian Malaysia dan memalukan ISLAM melalui karikatur mempersenda Nabi Muhamad (S.A.W).

Dato Seri Rais Yatim seperti dilapurkan di dalam Utusan , tidak sanggup menjadi dayus membiarkan harta pusaka cendekiawan dan pejuang Melayu dilpuskan sesuka hati oleh gandingan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sekarang.

Malahan , dato Seri Rais secara tidak langsung mengingatkan TPM NAjib supaya mengimbau kembali pesanan ayahanda beliau , Allahyarham TUN ABDUL RAZAK yang berpesan supaya UTUSAN perlu dijaga dan dipertahankan walau apa jua cabaran mendatang.

Berikut adalah petikan kata-kata Dato Seri Rais yang seperti memeulang paku buah keras kepada TPM Najib yang asyik dengan gelaran dan pangkat dari nilai perjuangan Melayu.

"Beliau turut mengingatkan semula terhadap pesanan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Razak pada 1972 bahawa adalah wajib dan menjadi tanggungjawab orang Melayu yang mewarisi Utusan Melayu sebagai pusaka bangsa untuk mempertahankan syarikat itu sebagai institusi dan lambang kebolehan anak-anak Melayu berdikari."

Diharap TPM Najib dapat menghayati sedikit sebanyak pesana ayahand abeliau , salah seoarng PM terbaik selain TUN DR Mahathir MOhammad yang pernag dilahirkan Malaysia.

Wassalam.

Wednesday, December 06, 2006

Singapura Beri "signal" Malaysia belum cukup kayakan Mereka Lagi


Apa yang anda dapat telah dari petikan berita ini dari Strait Time Spore:

"PM Lee Hopeful "Mixed Signals" From Johor Will Be Cleared


SINGAPORE, Dec 4 (Bernama) -- Prime Minister Lee Hsien Loong has welcomed a recent call by Malaysia's Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak for closer economic ties between Malaysia and Singapore, but noted that there have been "mixed signals", particularly in Johor, about Singapore's participation in the state.

Speaking at the People's Action Party (PAP) conference, Lee expressed the hope that it would be cleared up soon.

"We hope that these mixed signals will be cleared up soon so that investments will flow," he said in a report by The Straits Times.

Last week, Najib told a Malaysia-Singapore business conference in Kuala Lumpur about the need for both countries to intensify cooperation if they want to survive in a competitive global economy.

Lee said that he "agreed completely" with what Najib had said but noted that the Johor government had expressed reservations about Singapore's participation in the development of an economic zone in southern Johor.

Lee also said that relations with Malaysia had improved since Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi became the prime minister three years ago.

He noted that Abdullah had said that he would like Singapore to participate in the development of the special economic zone in Johor -- the South Johor Economic Region (SJER) or what is now known as the Iskandar Development Region (WPI).

The WPI is a 2,200 sq km development in Johor which requires RM47 billion in investments to generate economic growth and activities over a five-year period between 2006 and 2010 and another RM335 billion over 15 years (2011-2025).

Lee said that Singapore businessmen, however, had been receiving "mixed signals" from Johor.

He acknowledged that from time to time there would be bilateral issues that needed to be managed but on the whole, relations were warm, the report said.

"We are very lucky that many Malaysian companies have interest in Singapore, and I hope that many more Malaysian companies will come," he said in the The Straits Times report.


Apa yang dapat saya telahi dari petikan tersebut, seperti seorang ketua negara asing, memberi kata dua kepada sebuah ketua negara yang lain, agar berbuat lebih lagi bagi kemakmuran dan kekayaan negara yang lain.

Bagaimana ini boleh berlaku kepada Malaysia setelah hampir 50 tahun MERDEKA!!!!!!

mana Pemuda UMNO?

tidur?

mana MT UMNO ?

tidur?

Mana Presiden UMNO?

tidur lagi ke ?

Saturday, November 18, 2006

Pak!BANGUN!Pak!Negara Sudah Nak di Lelong


huh.

Terus Terusan tidur.

Kepimpinan apa ini.

Wednesday, November 15, 2006

Tribute To A Fighter-MAHATHIR


It is consider lucky if a person managed to survive a heart attack.

But for a man, at 81 years of age, with history of coronary bypass, to survive another attack, and with every indications that we heard , would continue his struggles to the betterment of Malaysia, free of corrupt and pathetic leaders, he is indeed a true FIGHTER.

Yes MR EX-PM, you are the epitome of a FIGHTER.

may Allah bless you and assisting you in your many endeavours.

Saturday, October 28, 2006

Mengapa Abdullah Libatkan Sultan Johor?


Setelah diserang bertubi -tubi sehari selepas pertemuan antara Abdullah dan Dr Mahathir yang dicanang pendokong serta spin master Abdullah sebagai pertemuan perdamaian, Abdullah tersentak.

Maka seranga bertali arus menerusi TV3 dan segala akhbar perdana dilakukan oleh Abdullah untuk memperlekeh Dr Mahathir dan menunjukkan Dr Mahathir tidak menghormati prinsip pertemuan peribadi yang di atur keduanya.

Tidak cukuupkan dengan segala serangan bertali arus menerusi segenap penjuru media cetak, radio dan TV.

Mengapakah Abdullah terpaksa melibatkan Sultan Johor demi mengukuhkan cengakaman beliau di puncak kekuasaan.

Sebab utama penglibatan Sultan di dalam kemelut Abdullah-Mahathir ini disimpulkan dengan baik sekalai oleh Tan Sri Muhyddin Yassin seperti diutarakan di dalam UTUSAN:

"TUN bukan sahaja terus menerus mengkritik Abdullah , tetapi menghentak Abdullah sehingga tercungap-cungap dan sukar bernafas"

YA...Abdullah kini sedang tercungap-cungap untuk mengekal kekuasaan beliau, dan jika Sultan boleh membantu beliau untuk mengukuhkan kekuasaan beliau, maka Sultan harus dilibatkan...

wassalam.

Tuesday, October 10, 2006

Natijahnya Bila Pemimpin UMNO Cakap Tak Berfikir Part III


Jika beberapa hari yang lepas saya mengulas mengenai natijahnya Ketua Pemuda UMNO Malaysia bercakap tanpa berfikir, hari ini saya mengulas mengenai contoh klasik bagaimana Naib beliau, En Khairy Jamaluddin walaupun dikatakan berkelulusan Oxford, juga bercakap tanpa berfikir.

Satu contoh adalah mengtenai ulasan beliau semasa merasmikan bahagian pemuda UMNO darihal pembelian saham ECM Libra.

Dihadapan pemuda UMNo yang didoktrinkan kini dengan fahaman "titah tuanku patik junjung" beliau mengatakan bahawa beliau membuat pinjaman bagi membeli saham saham ECM Libra sebanyak lebih kurang RM 9 juta.

Ulasan beliau yang dangkal ini telah menyebabkan beliau dihujani dengan pelbagai lagi soalan yang akhirnya terbukti menolak beliau ke dinding:

siapa yang memberi pinjaman?

kenapa yang memberi pinjaman tersangat bermurah hati, terutamanya bila khalayak tahu bahawa yang memberi pinjaman adalah syarikat yang mana, Khairi sedniri membeli saham tersebut-ini sesuatu yang "extremely fishy", busuk lagi membusukkan.

Tidak mungkinkah disini pihak yang memberi pinjaman mudah kepada Khairy mengumpankan Khairy untuk mendapat laba yang lebih besar pada suatu hari nanti????????????

Terdesak.........
Terpukul.........

Khairy akhirnya menjual keseluruhan saham beliau...walaupun kesal kerana beliau rugi bila menjual saham saham tersebut dengan harga yang lebih murah kepada cabang pelaburan AmCorp...

persoalannya betulke rugi?????????????????

apa apa pun disebabkan ketidak fikiran Khairy dalam mengulas isu ECM Libra, beliau telah terkilas tangannya.

Sunday, October 08, 2006

Natijahnya Bila Pemimpin UMNO Cakap Tak Berfikir Part II


Satu lagi contoh klasik pemimpin UMNO bercakap tanpa berfikir, adalah darihal ulasan Dato Hisamuddin Hussein Onn berkisar kepada permohonan "maaf" Lee Kuan Yew.

Hishamuddin telah disebut berkata, bahawa beliau amat terperanjat, Lee Kuan Yew tokoh yang amat bijak memohon maaf kepada Malaysia dan Abdullah mengenai kenyataan beliau terhadap "marginalised chinese in Malaysia", dan beliau dengan sikap gelojoh nya telah menyatakan kesediaan dan berbesar hati untuk menerima kenyataan "maaf" Lee Kuan Yew.

Walaubagaimnapun, sehari selepas Hishamuddin membuat kenyataan tersebut, seluruh akhbar perdana membuat pusingan U Turn mengatakan LKY tidak memohon maaf , memetik kenyataan Dato Sri Syed Hamid Albar.

Nampaknya Hishamuddin selaku Menteri Pelajaran harus kembali ke sekolah mendalami bahasa Inggeris agar kesilapan beliau menakrif ungakapan seperti LKY tidak berulang lagi.

Beliau tidak boleh lagi kehulu ke hilir dengan keris pendiknya sesukanya menghunus keris ke sana ke mari.

Friday, October 06, 2006

Natijahnya Bila Pemimpin UMNO Cakap Tak Berfikir Part I


Akhir akhir ni, rakyat Malaysia dimomokkan dengan pelbagai ucapan dari pemimpin besar UMNO, yang menimbulkan teka-teki terhadap tahap intelektual mereka.

Adakah mereka bercakap serta berfikir, atau pun mereka hanya bercakap tanpa berfikir kesan natijah dari percakapan mereka terhadap imej mereka sendiri di mata rakyat.

Di sini di ambil contoh -contoh klasik para pembesar UMNO yang bercakap seperti tidak menggunakan akal yang dikurniakan Allah kepada mereka.

Contoh utama, adalah dari pemimpin utama kita sendiri:

YAB Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi, secara terbuka dan terangan-terangan didalam wawancara yang terlebih dahulu direkodkan menidakkan penglibatan anak beliau dari sebarang kontrak-kontrak kerajaan, akhirnya terpaksa berdolak dalik di dada akhbar, mengatakan apa yang sebenarnya dimaksudkan beliau adalah tidak adanya anak beliau mendapat kontrak kerajaan yang beliau sendiri tahu.Yang beliau sendiri tak tahu....apa macaM?

Begitu juga di dalam wawancara yang sama(ditekankan sekali lagi, telah direkod terlebih dahulu) beliau menafikan dengan sekerasnya tiada satu pun syarikat Malaysia telah jatuh pegangan kepada Singapura, hanya ditunjukkan 2 minggu selepas pengumuman tersebut Khazanah terpaksa "bail-out" Pantai hasil kelalaian seseorang yang berkuasa sebagai Menteri Kewangan!

Thursday, October 05, 2006

LKY vs Mahathir: Sejarah Tidak Menipu


Lewat ini, Malaysia digemparkan dengan "permohonan maaf" yang tidak sepertinya oleh LKY kepada Malaysia.

Riuh rendah pak dollah, encik hisham, dan berhempas pulas dato kali meng-spin cereitera di dada akhbar perdana.

Malangnya, esok, semuanya berubah, terpaksa bekas wartawan Singapura, yang kini menjadi jurucakap UMNO di akhbar kepunyaan UMNO, terpaksa berhempas pulas "burning the midnite oil" untuk meng-spin sekali lagi, pak dollah sebenarnya tertewas.

Apa yang berlaku, riuh sekampong ayam berkokok, tetapi kampong dan maruah sudah tergadai.

Menyorot kembali sejarah dan liku -liku pertentangan Tun Dr M dan LKY , saya terjumpa artikel ini dimana LKY pernah meminta maaf berkenaan keceluparan beliau mengatakan bahawa Johor merupakan "gangsta paradise". beliau bukan sahaja memohon maaf malahan menarik balik kenyataan beliau terhadap Johor.

Sejarah tidak pernah menipu, dan ternyata LKY bertemu buku dan ruas dengan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohammad.

berikut adalah artkiel yang saya maksudkan:

By Michael Richardson International Herald TribuneFriday, March 14, 1997....Malaysian officials said that the government had decided to "cool off ties for now" with Singapore as a sign of continuing displeasure at what was seen as lack of sincerity by some Singapore leaders. The cabinet meeting Wednesday in Kuala Lumpur followed an official Malaysian protest earlier this month over remarks by Singapore's senior minister, Lee Kuan Yew, in a court affidavit that the Malaysian state of Johor was "notorious for shootings, muggings and carjackings."Mr. Lee later apologized and said he would apply to the court to have the offending passage removed. But Malaysian officials said that they were unhappy with the behavior of other Singapore leaders, including Mr. Lee's son, Deputy Prime Minister Lee Hsien Loong, who had signed the same affidavit as his father but had not apologized for the section on Johor or renounced it.The Bernama press agency, which usually reflects government views, reported Wednesday that the cabinet had decided to halt official dealings with Singapore, including talks between the ruling parties and the award of new government contracts to Singapore companies...

Ecstasy dan Jenayah Tragis


Ecstasy, dikenali dengan pelbagai nama. Ada yang mengelarnya sebagai Adam, Eva, XTC, Love mahupun Kafer, tetapi yang penting Ecstasy telah dengan pantas menjadi antara musuh nombor satu negara.

Ecstasy sejenis dadah buatan, yang mampu dibuat di mana mana sahaja di seluruh negara, dari ruang bawah tanah, di dalam trailer trailer mahupun di dapur dapur sesebuah aprment yang tersorok, ecstasy yang menjahanamkan boleh dihasilkan.

Ecstasy, macam-macam ada, dadah sintetik , campuran pelbagai dari codein, cocaine, amphetamine atau apa sahaja yang terlintas di hati sanubari pembuatnya.

Mahu ditambah racun tikus,boleh sahaja.

Mengapa ecstasy menjadi kegilaan remaja kota mahupun dewasa?

Ectasy pada mulanya memberikan rangsangan dan tenaga yang melampui. dengan ecstasy seseorang boleh berjaga larut malam dan terkinja-kinja di ruang disco berjam-jam lamanya.

Tetapi awas!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ecstasy menyumbang kepada jenayah tragis, yang melampui batas rasional seseorang. Ecstasy turut menjadikan penggunanya menjadi resah gelisah, panas baran dan hilang kawalan ke atas perasaaan amarah hinggakan sesuatu yang kecil boleh membawa kepada pembunuhan!!!!

Ingatkah kita dengan hanya satu ringgit seorang remaja membunuh remaja yang lain di Kelantan?

Awas !!!!!!!!!!!!!Ecstasy membunuh..dan merosakkan minda.

Jauhi ecstasy!

THE TUN'S IN ACTION

THE TUN'S IN ACTION

Blogger's United

Blogger's United

As of Today