Sunday, October 08, 2006

Natijahnya Bila Pemimpin UMNO Cakap Tak Berfikir Part II


Satu lagi contoh klasik pemimpin UMNO bercakap tanpa berfikir, adalah darihal ulasan Dato Hisamuddin Hussein Onn berkisar kepada permohonan "maaf" Lee Kuan Yew.

Hishamuddin telah disebut berkata, bahawa beliau amat terperanjat, Lee Kuan Yew tokoh yang amat bijak memohon maaf kepada Malaysia dan Abdullah mengenai kenyataan beliau terhadap "marginalised chinese in Malaysia", dan beliau dengan sikap gelojoh nya telah menyatakan kesediaan dan berbesar hati untuk menerima kenyataan "maaf" Lee Kuan Yew.

Walaubagaimnapun, sehari selepas Hishamuddin membuat kenyataan tersebut, seluruh akhbar perdana membuat pusingan U Turn mengatakan LKY tidak memohon maaf , memetik kenyataan Dato Sri Syed Hamid Albar.

Nampaknya Hishamuddin selaku Menteri Pelajaran harus kembali ke sekolah mendalami bahasa Inggeris agar kesilapan beliau menakrif ungakapan seperti LKY tidak berulang lagi.

Beliau tidak boleh lagi kehulu ke hilir dengan keris pendiknya sesukanya menghunus keris ke sana ke mari.

6 comments:

Anonymous said...

hishamudin @ shimah gone case. umno tak perlu pemimpin mcm ni.

Anonymous said...

hehe.. bersama keris pendiknya..

hehe.. memang kelakar lah pak hisham ngan keris dia tu.....

huru hara MT UMNO skrg nie. masing2 punya pandangan tersendiri dalam setiap isu.

berbanding zaman TDM, semua mempunyai pandangan sehaluan dgn TDM.

drputera said...

Orang Melayu tak boleh terus hidup dalam simbolik.

Apa guna berkeris kesana ke mari, tapi melutut depan LKY.

Anonymous said...

keris kontot ni lah punca kj jadi naib ketua pemuda.cis bedebah ko hisham

drputera said...

ada baiknya juga krisis dalaman UMNO ni berlaku.

Jika tidak kita tidak sedar yang rupanya, pemimpin pemimpin yang memimpin kita ni sememangnya low IQ.

Selama ini mereka terlindung dek kebijaksanaan Tun DR M. Laa ni bila dia orang semua bercakap....macam tong kosong rupanya.

Riuh...tapi takde isinya.

Anonymous said...

macam ni ke menteri pelajaran???? adoi malunya....dia ni patut ada penasihat bahasa...ni LAH akibat bila bercakap guna kepala lutut dan bukannya akal...

THE TUN'S IN ACTION

THE TUN'S IN ACTION

Blogger's United

Blogger's United

As of Today