Thursday, October 05, 2006

Ecstasy dan Jenayah Tragis


Ecstasy, dikenali dengan pelbagai nama. Ada yang mengelarnya sebagai Adam, Eva, XTC, Love mahupun Kafer, tetapi yang penting Ecstasy telah dengan pantas menjadi antara musuh nombor satu negara.

Ecstasy sejenis dadah buatan, yang mampu dibuat di mana mana sahaja di seluruh negara, dari ruang bawah tanah, di dalam trailer trailer mahupun di dapur dapur sesebuah aprment yang tersorok, ecstasy yang menjahanamkan boleh dihasilkan.

Ecstasy, macam-macam ada, dadah sintetik , campuran pelbagai dari codein, cocaine, amphetamine atau apa sahaja yang terlintas di hati sanubari pembuatnya.

Mahu ditambah racun tikus,boleh sahaja.

Mengapa ecstasy menjadi kegilaan remaja kota mahupun dewasa?

Ectasy pada mulanya memberikan rangsangan dan tenaga yang melampui. dengan ecstasy seseorang boleh berjaga larut malam dan terkinja-kinja di ruang disco berjam-jam lamanya.

Tetapi awas!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ecstasy menyumbang kepada jenayah tragis, yang melampui batas rasional seseorang. Ecstasy turut menjadikan penggunanya menjadi resah gelisah, panas baran dan hilang kawalan ke atas perasaaan amarah hinggakan sesuatu yang kecil boleh membawa kepada pembunuhan!!!!

Ingatkah kita dengan hanya satu ringgit seorang remaja membunuh remaja yang lain di Kelantan?

Awas !!!!!!!!!!!!!Ecstasy membunuh..dan merosakkan minda.

Jauhi ecstasy!

No comments:

THE TUN'S IN ACTION

THE TUN'S IN ACTION

Blogger's United

Blogger's United

As of Today