Sunday, December 24, 2006
Gabungan UTUSAN-NST:Rais tak sanggup jadi DAYUS, Ingati Najib Pesanan Tun Razak
Satu demi satu menteri menteri kabinet serta ahli majlis tertinggi UMNO bangkit menentang gabungan UTUSAN-NST.
Dari penentangan malu-malu kucing Rafidah Aziz kepada penentangan terbuka Dato Aziz Shamsudiin serta Dato Seri Rais Yatim.
Dato Aziz bukan sahaja menentang gabungan UTUSAN dan NST malahan mendesak supaya NST diperbetulkan terutamanya dinihari NST terlihat seperti membawa agenda Malaysian Malaysia dan memalukan ISLAM melalui karikatur mempersenda Nabi Muhamad (S.A.W).
Dato Seri Rais Yatim seperti dilapurkan di dalam Utusan , tidak sanggup menjadi dayus membiarkan harta pusaka cendekiawan dan pejuang Melayu dilpuskan sesuka hati oleh gandingan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sekarang.
Malahan , dato Seri Rais secara tidak langsung mengingatkan TPM NAjib supaya mengimbau kembali pesanan ayahanda beliau , Allahyarham TUN ABDUL RAZAK yang berpesan supaya UTUSAN perlu dijaga dan dipertahankan walau apa jua cabaran mendatang.
Berikut adalah petikan kata-kata Dato Seri Rais yang seperti memeulang paku buah keras kepada TPM Najib yang asyik dengan gelaran dan pangkat dari nilai perjuangan Melayu.
"Beliau turut mengingatkan semula terhadap pesanan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Razak pada 1972 bahawa adalah wajib dan menjadi tanggungjawab orang Melayu yang mewarisi Utusan Melayu sebagai pusaka bangsa untuk mempertahankan syarikat itu sebagai institusi dan lambang kebolehan anak-anak Melayu berdikari."
Diharap TPM Najib dapat menghayati sedikit sebanyak pesana ayahand abeliau , salah seoarng PM terbaik selain TUN DR Mahathir MOhammad yang pernag dilahirkan Malaysia.
Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
syabas Dato Seri , semuga lebih raai yang bangkit menentang agenda Singaoura di dalam kepimpinan Malaysia dibawah pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi
syabas....
UTUSAN dan NST tak jadi gabung.
Tahniah Rais Yatim dan Aziz Shamsuddin dan to leser extent Rafidah aziz ...for being gung ho to defend UTUSAn frm NST.
Post a Comment