Thursday, March 27, 2008
Melayu "Zaid " Mudah Lupa
Rasanya dol badawi dan konco-konconya masih tidak SERIK dan tidak mahu BELAJAR apa yang terjadi kes LINGAM Gate.
NEGARAWAN ulung dibawa ke MAHKAMAH, dan mengundang SIMPATI rakyat , dan UMNO serta BN dihukum.
Mengimbau kembali apa yang Zaid cakap suatu ketika dulu semasa berlakunya kes Tun Salleh Abas:
ihsan dari bigdogdotcom
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang Undang) Senator Dato’ Zaid Ibrahim, dalam kenyataan ulungnya meminta Kerajaan Malaysia memohon maaf kepada mantan Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Salleh Abbas kerana kes mengakibatkan beliau dipecat oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 1988. Walaubagaimanpun, cadangan ini ditolak oleh rakan Kabinet lain.
Kini arkib telah membuktikan bahawa beliau sebenarnya sudah lupa atas kenyataan yang beliau sendiri buat mengenai kes yang sama pada tahun 1991, dimana beliau merupakan salah seorang peguam yang diupah oleh UMNO, terutama selepas UMNO diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988.
Ini dipetik dari Bernama:
Publication: BM
Edition: TE
Date: 10/11/1991
Headline: Peguam minta sidang agung khas
Text:
Kuala Lumpur: Beberapa orang peguam akan mengemukakan notis kepada Majlis Peguam minggu depan supaya diadakan mesyuarat agung khas menarik balik resolusi hilang kepercayaan mereka kepada Ketua Hakim Negara, Tun Hamid Omar.
Seorang daripada mereka, En. Zaid Ibrahim, berkata notis itu perlu bagi mendapatkan persetujuan sebilangan tertentu anggota Majlis Peguam bagi mengadakan mesyuarat khas selaras dengan peruntukan Akta Profession Guaman. Katanya, setelah tiga tahun, sudah sampai masanya resolusi itu dinilai semula dalam suasana yang lebih tenang sekarang, berbanding dengan keadaan yang berlaku ketika itu.
Resolusi itu dibuat berikutan pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara dan diganti dengan Tun Hamid Omar. “Sebagai peguam, mereka seharusnya bersikap positif dalam membuat penilaian terhadap perkara ini”, kata En. Zaid, yang juga perwakilan UMNO dari Kota Bahru ketika ditemui dalam Perhimpunan Agung UMNO, di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam.
Sementara itu, tindak-tanduk Majlis Peguam yang memburuk-burukan kerajaan kepada dunia luar terus mendapat kecaman perwakilan yang berucap membahaskan usul mengucapkan terima kasih terhadap ucapan Presiden semalam – Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
THE TUN'S IN ACTION
Blog Archive
-
▼
2008
(70)
-
▼
March
(26)
- Shahrir Samad: Please Speak UP for Malaysia Agains...
- Zaid Ibrahim: To be More Correct than Correct
- Majlis Solat Hajat:Kesejahteraan Sultan Mizan dan ...
- what say ZAID IBRAHIM-The New Balaci for Dol Badawit
- Ludah Punya Ludah-Tertimpa Muka Sendiri
- Melayu "Zaid " Mudah Lupa
- Daulat Tuanku!
- King Patrick "badawi" with Idris Jusoh
- King Patrick "Badawi" Lavish Lifestyles
- KING PATRICK BADAWI
- Alahai dol badawi-CukupLah-SedarLah-UndurLah!
- Extreme Double Standard!why?
- MAHATHIR
- Bagaimana Mat Taib Lepas di mahkamah Australia
- Burung2 Tiung pak Lah di dalam KABINET BARU
- Demontrasi Bukan Budaya Kita
- "Permata UMNO" yang bakal diNYAH KELUAR?
- "Buta Matahati"
- kabinet Dapur Dollah: Hindu God Moslem Priest aka ...
- Kabinet Dapur Dollah: Musa bin Hitam
- Dollah Badawi Sudah Merapu
- Dollah Pertahan Anak Hantunya
- Abdullah Pilih Kuasa dari Maruah
- Loves -Hates-MAHATHIR
- Marilah Mengundi Untuk Kesejahteraan Negara
- SPR Yang Memalukan
-
▼
March
(26)
No comments:
Post a Comment