Wednesday, February 20, 2008

Wilayah Iskandar:Merealisasikan Agenda Lee Kuan Yew


Wilayah Iskandar

Siapakah Yg Akan Tinggal di Wilayah ini?

Singapura sedang menambah penduduknya dgn membawa orang cina dari negara negara Cina.Hasrat Singapura adalah untuk menambah penduduknya sehingga mencapai 8-10 juta org dari 3-4 juta sekarang.

Wilayah Iskandar sebagai Wilayah yg dibangunkan dengan modal SIngapura memerlukan pekerja dan peniaga. Rakyat baru Singapura yg terdiri dari org org Cina dari negara Cina akan disalurkan kesini.

Dengan harga tanah yg tinggi dan harga harga rumah yg tinggi org Melayu Johor yg tinggal dikawasan ini akan menjual tanah tanah mereka dengan mengambil keuntungan dari harga tanah yg tinggi dan pergi mendiami kawasan kawasan diluar wilayah yg harganya lebih murah.

Akhirnya wilayah yg mewah ini akan menjadi wilayah kembar kpd Singapura dgn didiami oleh 3-4 juta rakyat Singapura yg diimport.Mereka bukan rakyat Malaysia, mereka tidak mempunyai hak rakyat Malaysia.Tetapi setakat manakah Kerajaan malaysia dpt menguasai dan mentadbir wilayah yg didiami 3-4 juta rakyat Singapura ini?

Biasanya bila rakyat asing terlalu ramai dan tinggalterlalu lama, maka mereka akan tuntut hak hak utk memerintah sendiri , dan hak yg tidak kurang dari yg dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Singapura akan tuntut dan menyokong rakyatnya di wilayah ini, wilayah yg dibangunkan oleh Singapura dgn modal mereka dan didiami 90% rakyat mereka dan sebilangan kecil org org Melayu yg kaya raya kerana bersetuju dgn menyerah satu lagi wilayah negara Malaysia secara defacto kpd negara asing.

Mungkinkah?

Tak mungkin perkara ini akan berlaku.Tak mungkin WPI akan menjadi seperti Singapura 50 atau 100 tahun lagi.

Demikianlah pemikiran org Melayu di waktu Singapura dijual pada tahun 1819.Apakah ada org Melayu pada masa itu yg meramal akan terbangun sebuah negara merdeka dari pulau hutan bakau yg dijual kpd British, Singapura yg seperti sekarang?

Justeru itu teruskan sahaj.apa yg berlaku 100-200 tahun akan datang bahkan 50 tahun dari sekarang bukan tanggungjawab generasi pada hari ini.Asalkan kita senang sekarang apa peduli pada apa yg akan terjadi pada anak cucu kita.


No comments:

THE TUN'S IN ACTION

THE TUN'S IN ACTION

Blogger's United

Blogger's United

As of Today