Apabila MM Lee Kuan Yew membuat komen yang buruk terhadap Malaysia di arena antarabangsa ,DPM Najib hanya mampu memberi komen suam suam kuku.
He said this "it was naughty of Singapore"
PM Abdullah hanya mampu menulis surat peribadi kepada MM Lee Kuan Yew. SUrat PM kepada Lee Kuan Yew dibuat secara sulit, tah apa yg ditulis oleh beliau hanya Tuhan dan Lee Kuan Yew sahaja yang tahu, tetapi surat balas Lee Kuan Yew disebarkan ke segala ceruk dunia melalui media cetak antarabangsa.
Dalam surat tersebut nyata LKY tidak memohon maaf , tetapi hanya menyatakan rasa kesal keceluparan mulut beliau menyebabkan Abdullah Badawi merasa tidak selesa.
Memandangkan surat PM Abdullah tidak disebar kpd UMUM, kita boleh buat kesimpulan beliau tiada permohonan maaf diminta beliau dari surat yg diutus , melainkan kekesalan beliau.
Apa yg lebih teruk beliau secarapraktiknya memberi arahan kepada Malaysia utk tidak lagi mengatakan apa apa lagi mengenai keceluparan LKY.