Semua orang sudah sedia maklum akan keputusan pilihanraya kecil Batu Talam. BN menang BESAR.
Rasanya tiada seoarang pun rakyat Malaysia yang berfikiran waras akan meneka sebaliknya bila:
1.BN menentang seorang calon BEBAS.
2.Calon BEBAS adalah berketurunan Cina di kawasan Majoriti Melayu.
3.Calon Bebas tidak berkempen, hanya sibuk menayang muka sahaja.
4.Calon BEBAS hanya mempunyai ayah dan abang sebagai tukang kempen.
5.Calon BEBAS , poster pun tak mampu untuk dibuat.
INI berbanding dengan senario dibawah:
1.BN dengan segala jentera dari RTM, TV3 ke Siti Nurhaliza juga segala UMNO negeri turun padang.
2.BN,money unlimited utk berkempen.
maka tiada apa yg nak dibanggakan dengan kemenang Besar BN di Batu Talam.
Tetapi apa yg merisaukan adalah:
1.jumlah pengundi yang merosot.
2.jumlah undi rosak yg bertambah
3.yang terpenting seperti diberitahukan oleh setiausaha SPR dipetik dari Malaysiakini:
"He added early statistics showed that the elderly voters had outnumbered the young."
iaitu: kurang orang mud ayg pergi mengundi.
kenapa ini berlaku?
adakah ia akan semakin menonjol di kawasan kawasan bandar yang mempunyai media alternatif dlm bentul laman laman web?